tujuan sebenar aku menulis entry pada kali ini bukanlah untuk menceritakan about buku-2 tuh semua. lately ni, mak sering membuka petisuara nya yang seakan Saloma itu untuk mengeluarkan kata-2 teguran pada aku. dia kerap menyatakan rasa tidak puas hatinya tatkala melihat aku sibuk menelaah novel, buku cerita , instead of bukusekolah yang jarang terusik tuh.
tatkala itu, konsentrasi aku mula terganggu untuk meneruskan penjelajahan aku ke atas bumi kertas yang seakan sudah kecoklat-coklatan sedikit dan hanya berlampukan tulisan-2 berwarna hitam tanpa sedikit pun papan tanda menunjukkan potret-2 tertentu tu. how can aku boleh tertarik pada novel sedemikian ? well, suka hati aku lah. aku tak mintak pun kau untuk tolong bacakan , weirdo! (erkdialahyangpelikcakaporang) .erk okay diam (;
*gambar di atas tade bersangkut paut pun just saja aku letak kasi buat iklan sikit. bagi budak sains, mungkin korang paham apa yang aku cuba sampaikan.hahah. but pada yang bukan tuh, aku tak berapa sure korang gelak or akan cakap aku mula mengarut (;
petang semalam semasa khusyuk menghayati novel S M-R tuh, suddenly aku teringat akan FINAL EXAM yang akan bermula pada next week. tatkala itu, seakan hadir bayangan kertas-2 soalan yang bergaris-garis , berhalaman 1,2,3, berabjad A,B,C , ohhh ! ia seakan tak mahu berhenti berputar dari terus mengelilingi kepalaku yang comel ni haihh. mata aku still merangkak melalui perkataan-2 dalam novel tersebut, but fikiran aku mula melayang ke tempat lain. dari situ aku mula hilang fokus, berasa amat fed-up dan terus menutup buku tersebut tanpa mengelepetkan halaman tersebut sebagai tanda.
macam mana aku boleh sibuk ikutkan nafsu meminjam buku-2 cerita dalam waktu genting yang hanya tinggal berapa hari untuk sampai detik di mana titik penentu aku berjaya or failed dalam membawa subjek-2 tertentu dalam tahun pertama ni. sepatutnya aku mem-busykan diri dengan meminjam bahan-2 rujukan . tetapi sebaliknya aku berlagak seakan boleh mempunyai resault yang gilagempak seperti budakgenius si double F budak dua orang tuh.
aku rasa sikap aku tak pernah berubah dari start aku naik sekolah menengah lagi. esp part belajar. aku suka buad kerja last minute. "masa tu nak buat kopi, masa tu juga lah nak cari susu". erk why mesti susu? sukahati aku lah kau suka gula, letak lah gula. hehh -.-if nasib aku baik, biru lah semua report card aku but if sebaliknya memang warna-warni lah report card aku jadinya nanti. seperti sebelum-2 ni. 3subjek tambahan tuh tak pernah biru. asyik merah ja. Puan Yusliana sememangnya dah lali dengan report card aku yang penuh colourful itu hahah. thankyou ya cikgu coz sudi tukar-2 pen tiap kali mengisi report card saya ;p
oh ye ! dua hari lepas aku sebenarnya agak rasa tercabar dengan kata-2 mak yang berbunyi seakan begini,
"ha iyelah. dah tuh kau belajar sungguh-2 lah dik. nanti duit RM2.00 yang hari-2 mak bagi tuh kau balas dengan RM2000 bila dah besar nanti. mak nak tengok tuh. jangan nanti duduk tepi jalan kira orang lalu-lalang (beggar) "
*erk duit belanja sek aku memang segitu hari-2. sikit ? kau anak lord boleh lah cakap sikit. sepanjang aku sekolah, alhamdulillah duit segitu belum pernah tak cukup (;
okay, let me continue apa aku nak cakap kan tadi. bout statement kat atas tuh, erk mata duitan juga Puanmuda aku sorang ni. hahah. insyaallah mak. if ada rezeki adik , tercapai cita-2 adik , lebih dari tuh adik bole bagi. aminn (:
but apa yang dia cakap tuh betul-2 buatkan aku seakan tergamam and berfikir, how can aku tunaikan hasrat dia sedangkan aku still lagi dengan sikap budak-2 aku yang lebih ke arah hiburan instead of pelajaran. tinggal lagi setahun untuk aku menerjunkan diri keluar dari sekolah ni. what about my spm next year? boleh ke aku capai keputusan yang excellant if aku sendiri tak ada azam untuk sungguh-2? haihh kadang takud juga aku bila kenangkan apa yang mak cakapkan tuh. aku takud tak dapat nak tunaikan permintaannya suatu hari nanti.
now, i think dah tiba masanya untuk aku buang segala sifat malas aku tuh. and try stop dulu dari sibuk menelaah novel-2 tuh semua. erk, boleh ke? -.- takpe, aku try. selalu amalkan insyaallah boleh buang sifat obsess aku tuh. practice makes perfect, kawan (; hope aku dapat jalani final exam next week dengan tenang. tolong doakan kejayaan aku jyeah peeps . loves you allsssss (;