click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

move on, change and life happier


orang yang kuat adalah orang yang lebih gemar untuk berterus terang dan agak liberal dalam pandangan mereka. manusia hari ni agak pintar dan hampir berdiri selari dengan manusia-manusia yang lain yang ternyata dah terbukti akan kebijaksanaan mereka. liberasi manusia hari ni telah pergi jauh dalam membuat mereka lebih kuat, lebih tajam dan lebih bijak. manusia hari ni lebih bebas dan berani untuk melaksanakan perkara-perkara sendiri. 

orang yang kuat juga tidak lokek untuk memberi ruang pada diri mereka untuk berubah. ia merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan from our life. beberapa perubahan membawa kepada kemajuan but still ada yang tak. tetapi tak akan ada kuasa yang boleh menghalang proses perubahan itu daripada terjadi kecuali dengan kuasaNya.

orang-orang yang kuat ni selalunya mereka hampir berdiri sama taraf dengan orang-orang yang bijak. mereka akan menggunakan perubahan yang akan mereka lalui itu dengan sebaik mungkin dan mengambil ia sebagai satu peluang manakala yang lain akan hanya merenung pada perubahan yang berlaku. perubahan selalunya akan kita capai jika inginkan kesempurnaan dan jika kita gagal untuk mengubah diri sendiri, dan still degil dengan masa lalu, peluang untuk kita menjadi sebahagian daripada masa depan likely akan terbantut.

perubahan tidak dapat dielakkan, ia harus dialu-alukan dan kita seharusnya menghargainya tanpa memandang rendah terhadap sesuatu perubahan yang berlaku.

setiap perkara yang terjadi telah digariskan olehNya, setiap kegagalan yang berlaku mungkin akan menghilangkan  semangat kita atau mengurangkan moral kita sepenuhnya. but even perkara buruk macam tuh jadi sekalipun, kita still boleh belajar untuk mengambil tuh semua dalam usaha untuk mempelajari setiap kesilapan yang berlaku. setiap perkara yang berlaku bukan sekadar sia-sia, ia berlaku atas sebab-sebab tertentu. everything that happened must be a reason behind that.

mungkin ia berlaku supaya kita berubah daripada setiap jenis pengalaman yang kita lalui sama ada baik atau buruk.orang yang kuat akan berusaha melakukan banyak perubahan dalam life mereka even ujian yang datang buruk macam mana sekalipun.

perubahan yang boleh dilakukan adalah mungkin dengan cara terus move on but still berubah dalam sedang kita terus melangkah ke hadapan tuh. life kita akan sentiasa berlalu tanpa mengira pengalaman yang hadir singgah dalam kotak hati kita tuh adalah baik atau buruk. berubah mungkin boleh membantu kita untuk melupakan masa lalu dan meletakkan visi untuk masa depan kita . ini akan mengurangkan sedikit kerumitan dalam life kita.

jika dulunya kita adalah dari seorang yang suka berdendam, cuba belajar berubah untuk jadi seorang yang mudah memaafkan. bukan sahaja terhadap orang lain but juga terhadap diri sendiri. hanya dengan membangunkan sifat "pemaaf", perjalanan kita akan jadi lebih mudah dan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat untuk menghadapi kesusahan.

apabila sifat ini mula menyinar dalam diri, kita sebenarnya beralih pada kedudukan yang lebih tinggi dan secara aotomatik akan dihormati oleh orang lain (: