click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

sensitiviti

Rendah diri. Menurut spekulasi aku sebagai seorang yang belum lagi mencapai tahap kedewasaan namun tidak juga terlalu hingusan , hanya 4 per 10 antara penduduk bumi yang sedia selesa dengan bersikap seperti itu. dalam lingkungan 4 per 10 itu pula, tidak semuanya adalah tulin belaka. Lain ceritanya pada sang homosaphiens yang digelar talam dua muka atau lebih giat aktf bila dikenali sebagai sang hipokrit. Tidak aku peduli akan mereka.

Secara harfiahnya. Hidup aku bukanlah bertujuan semata-mata untuk melampiaskan segala kegembiraan, kesenangan , etc kepada orang-2 sekeliling. Namun keadaan dan cara aku berteman adakalanya memaksa aku bersikap sedemikian. Jika dilihat dari mata kasar, hidup aku sentiasa dikelilingi oleh orang ada-ada. Maksud aku di sini bukanlah untuk belkelakuan riak atau apa. Tidak pula aku kata mereka terdiri dari anak-anak datuk atau golongan-2 “pembesar” jika dilihat dari segi  bahasa sejarahnya. Bukanlah aku mendekati mereka hanya kerna ingin menjamah segala rasa senang dengan meminta-minta. Maaf. tidak aku berminat untuk membahas akan itu dengan lebih lanjut.

Rasa rendah diri yang timbul tatkala menggauli mereka adakalanya membuatkan aku merasakan mereka kelihatan tampak hebat dengan menerima tiket atas sikap rendah diri aku ini yang bertindak sebagai sponsernya. tidak semua, hanya segelintir.  yang lain ada kalanya membuatkan aku rasa selesa dengan cara mereka yang menumpahkan layanan yang langsung tidak menampakkan apa-apa  jurang antara kami. 

sebagai pro contranya, aku cuba menyenangkan hati mereka semampu yang boleh. namun tidaklah sehingga mencapai tahap yang membolehkan orang-orang menganggap aku kelihatan bodoh. 

perasaan rendah diri itu sedikit sebanyak membuatkan aku rasa yakin 
dan senang untuk menggauli mereka-meraka. tujuan aku hanya satu, ingin berteman dan bukan sekadar itu, aku ingin melihat cara mereka hidup dan bukanlah untuk minta diturunkan jejak langkah mereka kepada diri ini, tetapi hanya inginkan pengalaman dan sedikit sebanyak yang penting is pengajaran. 

mungkin aset dan kekayaan mereka berada pada kedudukan carta atas jika dibandingkan aku, namun hidup mereka tidaklah seindah mana hidup aku . aku bercakap berdasarkan pengalaman. jika kau rasa ini adalah sekadar cakap kosong, sila tinggalkan blog ini as soon as u can. 

ada yang berpendapat rasa rendah diri adalah punca utama kau hilang semangat. yes, rasa itu boleh datang hanya bila kau sibuk membanding-bandingkan situasi dan diri kau dengan orang lain. apa perlu ? kau, kau lah. mereka biarkan mereka. better kau rendah diri dan bersyukur dengan apa yang dah diberikan olehNya. just looking for your own advantages. each person will have their own respective advantages. cuma jumpa atau tak je,
biasanya orang yang merendah diri akan mempunyai satu sifat sensitive yang membuak-buak. kalau dah tahu macam tu, kurang-kurangkanlah bergaul dengan individu yang bermulut celupar tu.