Kagum melihat telatah budak-budak sekarang -merujuk kepada under8- yang berIQ tinggi melebihi sasaran yang sepatutnya mereka perolehi pada usia itu. tak ada lagi yang namanya playstation yang beralatkan joystick juga televesyen. Tidak ada lagi Wii yang juga memerlukan bantuan televisyen. Mereka lebih selesa berbekalkan papan sesentuh yang lebih popular dikenali sebagai iPad yang hanya memerlukan jari dan daya sentuhan. Acap kali mata ini sering menangkap situasi-situasi seperti itu. anak-anak buah lebih memilih untuk berada di dalam rumah.
Mereka tidak lagi bias dimarahi hanya kerana tiada lagi adegan ibu mengejar anak hanya kerana tidak mahu anak mereka bermain di tengah panas yang semestinya plotnya adalah di kawasan luar rumah, bawah terik cahaya matahari. Mereka yakin mungkin 80% waktu anak mereka bermain adalah di dalam rumah. Yang bertemankan air-cond,aircond lah. Yang meniarap, bersila, telentang di bawah kipas lain pula ceritanya.
Angry bird. Antara permainan paling popular di abad ini. sehinggakan dari beg sekolah, baju-baju etc semuanya nak berimagekan binatang berkening tebal itu. entah apa seronoknya sehinggakan boleh ada yang obsess seperti itu masih juga belum dapat aku kesan. Maaf. aku sememangnya tidak berapa taksub akan icon tersebut.
Sering berebut dan adakalanya menangis gara-gara ingin memenuhi keinginan bermain permainan tersebut yang telah tersedia didownload di lappy-lappy juga iPad-iPad. Peredaran zaman benar-benar mengubah adat kehidupan. Yang kecil sudah terlebih bijak IT jika dibandingkan yang melihat dunia dulu daripada mereka. Situasi itu langsung tidak dapat merungkai apa-apa kebingungan yang sedia tersemat dalam fikiran. Apa yang aku tahu is zaman dah moden (;