click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

Gelabah

Kehidupan selepas peperiksaan amat membosankan. Pada awalnya aku mendahagakan keseronokan. Tak perlu lagi bangun pagi bergegas ke sekolah, berdiri di tapak perhimpunan hampir 30 minit sebelum melangkah ke kelas, beratur masa turun rehat di kantin, cuci kasut sekolah. Itu semua benda asas yang hampir 99.9% pelajar sekolah tak minat untuk lakukan. Namun itu semua menjadi kerinduan yang sukar untuk diubat. Maaf kalau ayat aku ala ala nak keluar segala isi perut kau. Haha chill sudah.

Semakin hari semakin jemu dengan rutin harian yang acap kali sama je tiap hari. Ada juga aku cuba untuk isi masa lapang dengan cari pengalaman bekerja. Paling tidak dapatlah juga tambah modal sogok poket sendiri . Tapi da waktunya aku rasa aku terlalu gopoh untukkejar dunia dewasa. Ada juga rakan yang ala ala menyampah dengan hasrat aku yang konon kononnya nak bekerja sekejap sementara tunggu keputusan. Apa mereka fikir aku kisah ? Maaf. Silap hari bulan diorang terima jelingan tajam mata aku je. Takut tak ? Sila takut takutkan diri anda sekarang !! *acu pisau

Aku terlalu sibuk gatal tangan cuba untuk pegang duit. Maklumlah. Makin besar nilai matawang makin sikit aku pandang. Dulu kekecik mak abah ke sesape lah bagi not rm10 kira banyak gila dah sanggup lompat katil keecoh satu rumah. Sekarang dapat not rm100 pun macam nak simpan kocek dalam dalam tak nak kekecoh sebab tak besar mana nilai tu. Tamak benoooo. Makin besar makin sebati pulak diri aku dengan bidalan BAGI BETIS NAK PEHA tu.

Apa apa pun aku hanya mampu menunggu plot seterusnya. Rasanya klimak dunia kedewasaan aku belum lagi tiba. Berharap Tuhan aturkan yang baik baik untuk masa hadapan . Amin