click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

Kualiti

Kebosanan yang melanda tatkala menunggu si sista memilih kain . Tak tahu apa yang mendorong aku untuk meng-update blog di tempat yang penuh kain dan pekerja pekerja Jakel ni. Duduk di satu kerusi panjang berlatar belakangkan kain kain tersusun rapi , aku cuba mengadaptasi topik dari situasi sekeliling.

Penat lelah mereka mencari rezeki. Tapi betul ke memang penat. Aku tak yakin semua yang bekerja merasakan titik peluh letih balik tak larat terus tidur. Berdasarkan pemerhatian aku sebagai pelanggan di kedai ni, tak semua sibuk melayan pelanggan . Ada segelintir yang hanya mampu memerhati pelanggan lalu lalang di celah celah deretan kain dengan memegang pembaris panjang tu. Gaji diberi sama rata aku rasa. Kalau ada pun mungkin yang membezakan hanyalah jawatan atau masa bekerja( OT ).

Gaji diberi berdasarkan kredibiliti yang diuji sebelum diterima bekerja ataupun kualiti yang ditunjukkan semasa bekerja ? Tak pasal pasal aku jadi macam nak komen pulak kerja diorang kan :3 dari situ aku berfikir. Mungkin kalau aku bekerja nanti macam macam ragam yang ada silap silap habis bab 1 novel cuma cerita pasal ragam para pekerja je. Haha. *dah mula merepek --'

Tapi tak kisah lah. Cuma aku sedikit impress dengan abang abang yang kerja sini. Nampak muka aku macam melayu rasanya. Tapi dia dok layan macam aku baru balik oversea. Ke dia memang dah lama dok sana balik sini kekok nak cakap melayu? Haha entahlah. Mungkin dia memang dibesarkan dengan bahasa inggeris kud. Sepanjang layanan tu mostly bahasa yang keluar dari mulut dia adalah spoken English. Nasib aku paham. Layankan jugak jelah.

Rasanya hujan dah berhenti and memandangkan abang tu pun dah start potong kain. Aku terpaksa berhenti di sini. Calobete !