THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

UNEXPECTED JOURNEY

Asslamualaikum

Hidup ni kadang-kadang susah untuk diduga. Sesungguhnya, aku benar-benar ingin mencari siapa diri ini sebenar. Aku macam tak paham kenapa susah untuk rasa gembira? Soalan "klise". To be honest, aku betul-betul mahu lari dari semua masalah yang ada. But still, aku masih dibebani dengan anggapan dan memory lapuk yang tak sudah.

Ada waktunya, aku cuba mulakan perbualan kosong dengan diri sendiri. Jangan cakap aku kurang akal. Bukankah itu satu cara muhasabah diri? Aku berfikir dan sedar, masalah yang ada bukanlah teruk mana. Hanya emosi yang bertindak agresif tanpa sebarang provokasi. Apa itu mungkin simptom penyakit hati? Tapi pada sisi lain, aku anggap setengah masalah ada sebab tertentu. UNKNOWN reason. Sebab yang aku sendiri belum dapat rungkai. Dan itu yang selalu buat aku terlalu banyak fikir dan mula beremosi. Hormon terganggu. Dahi selalu berkerut. Berang tak tentu pasal. Siang kering mata, malam sebaliknya. Well, you know what i mean there.

Agak payah nak lalu liku sebagai remaja. RUPANYA. Kadang-kadang ia menakutkan :0 Kehidupan bukanlah selalunya adil. Hanya dengan kehadiran KARMA dan HUKUM ALAM yang buatkan manusia percaya hidup ini ADIL. Sesungguhnya bukan kita yang bijaksana mampu menilai seuatu dengan tepat kecuali Dia.
Sometimes, im just really lost. Dan tak tahu apa patut aku buat, bagaimana harus aku bertindak. Bingung. Kemana harus aku langkah? Dengan siapa harus mengadu? Sekali lagi pertanyaan kurang iman aku paculkan. Sedangkan aku tahu, pada Allah lah tempat terbaik untuk luah segalanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Balik pada perantaraan manusia ke manusia. Even kalau aku mengadu pada kau atau mereka, they probably wouldn’t care. Aku hanya mampu cakap, terimakasih. Atas apa yang telah kau, mereka tunjukkan.  You may not always see me when i stumble, trip and fall. You may not hear me when i cry in bed at night. Always hoping that my worries will be disappear :3