click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

c l u m s y

menjadi seorang pemenang sebuah blackberry dan serta-merta diminta untuk terus membuat lamanpeminat atau lebih dekenali sebagai fanpage. terusmenerus membina nama di lamansensawang  hanya dengan menagihkan perhatian orang ramai dengan bergantung ke atas butang ‘suka’ yang siap dengan ber’thumbsup’ yang kebanyakkannya boleh didapati di mana-2 laman sensawang. menjadi seorang yang dikenali , terfikirkah bagaimana perasaan aku masa tu ? pastinya hanya Tuhan saja yang tahu.

memiliki sebuah kenderaan mewah berjenama Alphard yang dironai warna hitam membuatkan sesiapa saja tertawan akan kereta yang seakan teramatlah cool rasanya bila menjadi salah seorang pemilik kereta berjenama mewah itu. dengan tidak semena-mena tiba-2 tubuh rendah ini boleh tersadai di perhentian bus sambil disaksikan oleh budak-2 sekolah yang rata-2 nya mengenali aku. sambil salah seorang daripada mereka sedang memerhati diri ini, tanpa disedari tiba-2 dagu yang tidak berapa runcing ini dicuit oleh abangku sendiri. sungguh tidak masuk akal. apakah sebenarnya di sebalik ini semua ?

ketukan pintu bilik berkali-kali akhirnya mengejutkan aku daripada cerita di luar kotak logik akal itu semua. tahulah aku yang roh tidak berada di jasad sebenar sebentar tadi. alangkah indahnya jika aku terus terperangkap dalam cerita seperti itu. gila. satu suara kecil dari hati ini bersuara. hahah sesungguhnya aku tidak pernah berhenti daripada terus berkhayal seperti ini.

cahaya yang terang daripada luar tingkap membuatkan aku kelam-kabut seperti mahu lari daripada dihempap atap rumah. selalunya cuti sekolah lah masa untuk bangun lewat tetapi tidak pada aku dek terikat dengan jadual kelas yang berlansung selama 2minggu ini . melihatkan 2 sms yang tertera di screen handfone membuatkan aku terus menekan keypad untuk membalas nyr. ‘aku baru bangun duh’ ayat itulah yang dihantar. mulanya aku niat untuk cuti untuk kelas hari ini memandangkan kelas biology hanya akan bermula 8pagi.

tanpa disangka, suara mak yang memanggil aku seperti sedang berada dalam kecemasan tu terus membuatkan aku bangun serta merta dari katil tanpa menghiraukan pemain mp3 yang jatuh terhempas di lantai bagai dah tak bermakna lagi jika dibandingkan dengan pekikan mak sebentar tadi. lepas saja aku buka pintu, mak mengatakan yang wada telah pun setia tunggu kat luar rumah. Ya Allah. itu rupanya. betapa cemasnya aku tadi. sempat juga aku merengek meminta mak untuk memberitahunya yang aku tidak ke kelas pagi ini. rasa segan yang ada mungkin terus membuatkan mak meminta aku untuk memberitahunya sendiri. nak tak nak akhirnya aku juga yang keluar. 

melihatkan wada yang dah setia menunggu membuatkan rasa bersalah yang teramat sangat mula menyerbu dalam diri. sememangnya niat ingin membiarkan dia untuk pergi dulu tanpa menunggu aku. tetapi, kedegilan dan keikhlasannya yang sanggup tunggu untuk aku bersiap akhirnya membuatkan aku untuk turut serta ke kelas.

bertalu-talu perkataan ‘sorry,maaf,tak sengaja, kesian kau’ terus menerus keluar dari mulut aku. wada hanya mampu senyum dan berkata ‘tak apa’ membuatkan aku lagi berasa serba salah. akhirnya sepanjang perjalanan ke kelas aku lebih banyak diam sehingga akhirnya dia membelek side mirror dah menghalakannya ke arah muka aku sambil berkata’ tengok sikit muka’ , alahai, sememangnya dia pandai mengambil hati aku. terimakasih.

setibanya di sekolah, hati dah agak berdebar mengenangkan puan yusliana yang sedang menunggu di makmal physics. since kelas biology dijalankan sememangnya bertempatkan di makmal physics kerana lokasinya yang tidak berapa jauh. melihatkan lily yang baru nak memulakan langkah ke makmal membuatkan hati sedikit lega. pastinya kelas masih lagi belum bermula kerana rata-2 teman-2 lain masih lagi bertandang di pondok berdekatan pagar sekolah. at last terukir juga sedikit senyuman di bibir ini.

macam manapun dalam hati masih lagi dilanda rasa kesal dan bersalah. tidak sepatutnya aku membiarkan diri leka diulit dek mimpi yang tidak masuk akal itu. 

moral-> better late than never, but never late is better .