click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

misteri kardiak

Duduk bersendirian di laman teratak usang milik abah membuatkan mata yng memandang terasa sejuk dan tenang. tetapi, masih belum boleh tertanding jika dibezakan dengan laman yang sentiasa tersergam indah di kediaman korang yang rata-rata terdiri daripada astana yang bertag kan 50 malah ada yang mencecah 100k. beryukur lah .

cuba menghirup udara segar yang keluar masuk anggota tanpa berunsurkan sebarang harga mahupun wang muka. keluar masuk secara percuma . tahulah aku yang jantung masih lagi berfungsi. syukur alhamdullilah.

bila direnung hayat yang merayap yang sentiasa meniti bilah-bilah hari, meneliti kurniaan Nya yang Maha kuasa. mula tergamit di sanubari akan organ kecil berjiwa perkasa di dalam ini.

ada masanya aku mudah alpa akan kurniaan nikmat dariNya. pam hayat yang sentiasa bertanggungjawab setia menjalankan serta mengerah darah tanpa gaji. kehadirannya sentiasa menyelinap ke serata urat nadi tanpa mengenal apa itu erti berhenti. terus mengalir penuh ritma dengan tujuan untuk meneruskan ekspidisi sang Homo Sapiens di atas muka bumi milik Ilahi.

sedang tangan menerpa ke arah dada, teringatnya aku akan jantung yang setia menjunjung pasrah keazalian Ilahi. tanpa sebarang bantahan. walau sering ditojah dek bahana milik sang kolestrol, nikotin mahupun si raja perosak hati , sang alchohol. asap yang sentiasa berkepul keluar dari mulut yang rata-rata terdiri daripada kaum Adam, terhuyung-hayang dek air yang dikatanya bertujuan untuk memanaskan sistem penghadaman. maaf, aku belum lagi pernah berminat untuk mendekati mahupun menjebakkan diri sendiri ke arah bidang yang rata-rata penuntutnya terdiri daripada manusia yang berani menanggung segala risiko seperti mereka-2. alhamdulillah.

jantung masih lagi belum sampai ke tahap untuk tercungap-cungap dek tersekat dengan kadar lampu isyarat yang tinggi . hatta masih terus berfungsi bagai ingin insan milik Ilahi terus hidup di bumi yang fana ini.

sebagai ganti dan niat membalas budi, jantung yang menjadi satu-2 nya harta yang paling bererti dalam tubuh ini harus aku belai dengan penuh kasih sayang agar larian merahnya tangkas dan bebas dari anasir-2 yang berpotensi untuk merobeknya. bukankah aku sentiasa menghadiahkan senaman serat gizi seimbang piramid bertingkat 4 agar arteri koronarinya terus berjuang? jyeah, aku dah pun melakukannya. senyuman tiba-2 mula terukir di bibir namun segera dibuang kerna pastinya orang akan cakap aku hilang siuman tatkala melihatkan aku mula senyum tanpa ada sesiapa di keliling diri ini.

akan aku cuba menguatkan ingatan diri ini untuk sentiasa bangun dan bangkit untuk meneruskan kembara, berbekalkan darah beroksigen ini. dalam kesucian pengorbanan untuk menuju hidup sejahtera. andai kata ternoktah denyutannya, sedarlah aku bahawa tamatnya riwayat yang dipinjamkan selama ini.

bunyi muzik yang tiba-2 muncul dari jiran sebelah, serta-merta menyedarkan aku dari lamunan.tahulah aku bahawa diri ini lama terhayal dek lamunan akan besarnya kuasa Ilahi.
bila bicara soal hayat, yang aku tahu hanyalah hayat sering dikaitkan serta disinonimkan dengan usia juga masa. dan masa adalah anugerahNya. moga-2 diri ini tidak alpa pada yang Esa kerana semuanya adalah semata-mata keazalianNya. Insyaallah (: