click here :-
trivia| Tweeter | entry

THE OWNER (:

ᴛ ʜ e ᴏ ᴡ ɴ e ʀ
Me. A human. Normal human. Make mistakes. Doesn't perfect. But yet i still try to be as good as what Ibu, Abah & Life were taught. InsyaAllah :)

sebuah perjalanan (:



sedang berdiri megah tiba-2 jatuh siapa sangka
cuba bangun gagal terus tekup muka
kenapa ? malu ? itulah masa senang tak ingat dunia
peribahasa bersepah satu pun tak tahu guna
hanya sekadar belajar but praktikalnya entah kemana
selalu dengar "dunia bulat semacam roda"
cuba garu kepala but dalam hati dah tahu apa maksudnya 

hidup serba kekurangan mulalah nak caci maki
"masa senang lenang ada kau nak hargai?"
itulah yang mereka selalu kata pada diri ini
adakah ini semua dugaan atau petunjuk dari Ilahi?

bila jatuh baru tahu kesilapan yang ada
sedarkah diri ini akan nikmat yang sementara ?
mak selalu pesan "tepuk dada tanya selera"
atau "tepuk dada tanya Iman" itulah yang lately ni aku terbaca
aku sedar diri ini tidaklah sempurna mana
kerana alpa seketika Imanku melayang entah ke mana

"ya Allah ampunkanlah dosaku" itulah yang selalu diucapkan
sedangkan hati ikhlas atau tidak hanya diketahui Tuhan
hujung baris doa diakhiri "harap dimakbulkan"
sedangkan tanggungjawab pada Tuhan sehari 5kali pun tak dijalankan
teringat janji-2 yang tertera sebelum aku dilahirkan
bila dah celik mata semua diabaikan
apa guna akal yang Tuhan kurniakan
itulah bezanya manusia dengan haiwan

zaman dah moden semua benda nak ikut
terutama dari barat itulah budaya yang sering diangkut
sedangkan dalam Al-Quran dah disebut
"yahudi laknatullah" namun dalam hati lansung tak rasa takut 

pengalaman bagi aku pengajaran
ulangi salah lama adalah sebuah kesilapan
tetapi aku kena sedar semua ni sudah diaturkan
percaya pada Qada' dan Qadar dalam rukun Iman
perkara tu since darjah 1 sekolah agama dah diterapkan
so apalagi yang aku nak ragukan
semua ni ketentuan Tuhan
terimalah dengan hati terbuka dan sentiasa bangkit dan pandang ke hadapan
hanya lihat  ke belakang sekadar untuk cari sisa-2 pengajaran
yang boleh aku jadikan sebagai pedoman

bila silap mula bingung sana-sini
seakan dah tak layak duduk di bumi yang fana ni
mulalah buat bukan-2 sampai sanggup cederakan diri
katanya puas padahal buang masa diri sendiri
bila ditanya dijawabnya" dah tak guna hidup lagi"
but buat sekadar niat nak perhatian biar dikasihani
sampai sekarang tengok tak pun mati-2 -.-

jalanan berliku tak mungkin semuanya indah
yang dah lepas biarkan ia jadi sejarah
buka buku baru tutup buku lama
tapi jangan buang mana tahu berguna untuk dikaji semula

kalau aku boleh putar balik waktu
akan ku ulang pergi ke masa lalu
cuba padamkan semua kesilapan lalu
pasti takan ku ulangi segala kealpaan ku dulu

inilah realitinya yang aku hadapi
tersungkur kalah pada dugaan duniawi
yang pasti setiap ketelanjuran tak akan aku ulangi
sudah aku sedar ramai yang perhati
dulu kesilapan dilakukan silih berganti
diselangi dengan maaf but silap still tak berhenti
sekarang bila nikmat dah ditarik baru nak mengerti
nikmat yang Tuhan beri bukanlah untuk dimiliki
tetapi hanya pinjaman sekadar untuk menguji

luahan hati ini bukanlah nak kaitkan dengan siapa-2
hanya berceloteh sekadar untuk berkongsi rasa
aku bukanlah manusia yang hebat mana
tak perlu lah korang menggumam "baiknya dia"
atau ingin memutar cerita 
bahawa diriku ini suka mengata 
but "diri sendiri pun tah macammana"
"lagikan ni dia nak nasihatkan kita"
itu hak anda nak bercakap tentang saya
apa aku kisah aku dah cakap aku tak cakap sapa-2 !
sekadar bercerita tentang track journey yang aku ada

menyeru kebaikan itu tanggungjawab bersama
sedarlah fitnah konspirasi melanda dunia
mana benteng diri benteng Iman bila ditanya ?
dua jalan terbentang pilihlah satu saja
setapak melangkah tiada lagi peluang kedua (: